Sunday, September 7, 2014

Keberkatan Dalam Majlis Perkahwinan


S
ememangnya sebagaimana yang kita ketahui Perkahwinan itu adalah Sunnah, Dengan adanya ikatan perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan sebagainya. .

M
emang terdapat banyak hikmah dalam perkahwinan antaranya adalah mampu menjaga kehormatan diri, untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia dan supaya manusia itu dapat hidup berbahagia dengan saling berkasih sayang dan cinta-mencintai
Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.” –
(Surah Ar-Rum:21)

B

 ila disebutkan tentang perkahwinan maka tak lengkap rasanya kalau tidak diikuti dengan kendurinya, tapi tahukah kita mengadakan kenduri kahwin bagi meraikan pasangan pengantin yang telah dinikahkan dengan mengadakan jamuan makan kepada orang ramai, khususnya kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai apa hukumnya? Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut). 


Hal ini adalah sebagaimana hadis yang Telah Diriwayatkan oleh Anas r.a katanya Rasulullah saw telah bersabda

“Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi SAW menjadi seorang pengantin dengan Zainab ibn Juhsy, baginda mengundang orang ramai, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.
Majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan. Oleh itu perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, yang tidak memberatkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-batas yang diperlukan, serta tidak membawa kepada pembaziran kerana pembaziran itu bertentangan dengan hukum syarak. Sebenarnya mengadakan majlis perkahwinan sehingga terpaksa menanggung beban hutang tidaklah digalakkan oleh agama, cukupla dengan sekadar yang termampu sahaja. 

Antara hikmah Islam menggalakkan supaya diadakan kenduri kahwin adalah untuk :
1) Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
2)     Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
3)     Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
4) Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim.
Maka disini jelas kepada kita digalakkan agar mengadakan perkahwinan secara sederhana yangmana ianya tidak membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakannya mengadakan kenduri kahwin sampai terpaksa berhutang. Itulah amalan masyarakat kita hari ini yang lebih mementingkan adat dari sunnah Nabi sendiri.
Sebaiknya laksanakanlah walimah atau kenduri kahwin sekadar yang termampu sahaja. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan ALLAH SWT. Kenduri yang berkat itu amat penting , sama pentingnya akad nikah mengesahkan ikatan suami isteri.
Apalah gunanya jika wang dihabiskan untuk majlis besar-besaran tapi jauh daripada keberkatan Allah sehingga pengantin terpaksa berhutang dan meminjam. Hal ini memberi implikasi dalam melaksanakan tanggungjawab suami isteri dan membina keluarga bahagia. Justeru, laksanakanlah walimah berlandaskan sunnah, semoga perkahwinan diberkati ALLAH SWT. InsyaAllah.

Sunday, August 17, 2014

SELANGOR KINI

Majoriti Sudah Dicapai - Tamatkan Kemelut Selangor Segera



Secara jujurnya walaupun aku nie bukan anak Selangor tapi IBU AYAH orang jati Selangor, apa yang berlaku di selangor di bawah pimpinan PR amat menyedihkan..Inilah namanya politik. Aku nie bukanlah sapa tetapi sebagai pemerhati aku milihat ia sesuatu yang tidak patot berlaku. Jika ada masalah kenapa tidak diselesaikan hanya dikalangan ahli. Kenapa mesti dan perlu ade publish dengan press, dengan media, dicanang cerita sana sini. Entahlaaaa otak letak kat mana pun xtau depa nie!!!

Kini sudah tiba masanya krisis ini ditamatkan setelah satu pihak berjaya mendapat majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Pihak YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah berjaya menunjukkan sokongan majoriti anggota dewan secara bertulis dan fizikal.

Begitu juga untuk nama YB Azmin Ali yang kini telah menjadi nama pilihan ke-2 bersama YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah. Siapa pun yang dipilih maka terimalah dengan redho akan ketentuan Allah SWT.

Jika pihak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim ingin menafikan satu sahaja jalan segera buka dewan untuk menunjukkan dia masih punya sokongan majoriti. Walau sebesar mana kesalahan beliau JANGAN di lupe pada jasa-2 beliau menaikkan nama Selangor sebagai negeri berkebajikan. Beliau seorang yang bijak dan cemerlang dari sudut kepimpinannya...

INGAT....Pas ada penyokongnya sendiri. PKR ada penyokongnya sendiridan DAP pun ada penyokongnya sendiri. Tapi jangan dilupa pengyokong Pakatan Rakyat yg bukan anggota parti jauh lebih besar dari jumlah ahli PKR, Pas dan DAP. Mereka undi Pas sebab PR, undi DAP sebab PR dan undi PKR sebab PR. Bak kata Haji Hadi, mereka berjuang tak dapat apa-apa tapi pimpinan PR yg menang dapat layanan 1st class. 

Bukan senang utk pembangkang berada seperti yg kita lihat sekarang. PR naik dengan gelombang perjuangan airmata dan keringat rakyat hingga mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia (53%). Jangan runtuhkan kejayaan kerana bila runtuh tak semudah itu utk dibina balik..Jangan kecewakan mereka...Apapun tahniah..keptusan ini sgt menakutkan pihak lawan yang cuma ada 12 dari 56 kerusi, nak berkokok tak boleh.

Harap PR bersatu. tidak berpecah belah. satu setiakawan menuju ke ala makmur kan negeri selangor.