Friday, January 10, 2014

PENCETUS UMMAH

Selepas berjaya mencetus fenomena menerusi program Imam Muda yang mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa serta perhatian dunia, Astro Oasis telah memperkenalkan sebuah program keislaman terbaru berjudul Pencetus Ummah 

Tahniah kpd PU Hafiz. Selayaknya bg beliau dengar2 daripada kwn2 yang belia pun seorang Insan yang baik akhlaknya, faqih hebat sifatnya.  Tahniah jg bg Pencetus Ummah yg lain spt PU Shahul yg mmg sudahpun makruf di Penang sebelum ini.   

Tak lupa jg PU Yeop. Dgn telatah beliau. Buat peminat PU Rahmat Org soleh, ada tarikan serta membuatkan makcik2 dan remaja sentiasa menyebut namanya.

Apapun PU yg lain, insyaAllah medan bkn sekadar di pentas. Teruskan usaha. Tahniah buat semua krew production dan penggerak Pencetus Ummah. Kejayaan kalian sgt luar biasa. Nama2 spt Manzee, Nurjannah Salleh, Izelan Basar dan semua yg membantu takkan dilupakan.

Maaf tak dpt hadir kerana terpaksa balik penang. Semoga Allah merahmati program Pencetus Ummah.


Wednesday, January 8, 2014

Rabi'ul Awwal


Rabi'ul Awwal semakin hampir, ingatkah sahabat tentang kelebihan bulan ini ? So post utk kali nie berkenaan dengan Kelahiran Nabi S.A.W untuk kiter bersama
Mengapa Menyambut Maulidur Rasul ?

Sebagai Tanda Ingat, Cinta & Kasih kepada baginda NABI S.A.W


"Belum sempurna iman seseorang dari kamu. kecuali aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya."


(Riwayat Muslim juz 11, hlm 15)


Bukankah kita sendiri meraikan ulang tahun kelahiran sendiri ? Ibu dan ayah. Bahkan ada pula golongan yang meraikan kelahiran ‘mujaddid’ mereka sendiri ? Jika kita sendiri pun menyambut hari ulang tahun perkahwinan, hari lahir diri dan juga orang lain. Mengapa kita tidak menyambut hari kelahiran manusia agung yang pengutusannya ke muka bumi ini memberi rahmat kepada sekalian alam ?




Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu berkata kepada Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam :

“Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri”. Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam berkata : “Tidak, wahai Umar. Sampai aku lebih kamu cintai daripada dirimu sendiri.” Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu berkata, “Demi Allah subahanahu wa ta’ala, engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam berkata, “Sekarang wahai Umar.”
(Hadith Riwayat Bukhari, Sohih Bukhari, vol 6 hlmn 2445)