Wednesday, December 24, 2014

Umat Islam hari ini telah diuji oleh Allah Azzawajalla dengan pelbagai perkara.
 
  1.  Kehilangan Pesawat MH370
  2.  Pesawat MH17 
  3.  Puting Beliung di bumi Malaysia
  4.  Penganjuran Program-2 yang boleh merosakan akidah ummat Islam
  5.  Penyebaran Fitnah dikalangan asatizah
  6. Penolakan hukum Allah yang jelas dalam Al-Quran dan Hadis
  7. Banjir Besar di Pantai Timur
Bumi mana tidak timpa ujian, lautan mana tidak bergelora. Begitulah kehidupan manusia tidak pernah terlepas daripada dugaan & ujian daripada Allah S.W.T. Ada yang diuji dengan ketaatan, kesakitan, kekayaan dan bermacam bagai bentuk dugaan. Itulah Allah Maha Benar dengan janjinya. Allah tidak akan menguji kite kecuali sesuai dengan kesanggupan diri.

Firman Allah SWT dalam surah ar -Rum ayat 41
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan-2 manusia. Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat ke jalan yang benar. 

Apa yang berlaku di Pantai Timur sekarang adalah Ujian daripada Allah untuk kite semua. Semoga akan Terus Bersangka Baik terhadap Qada dan Qadar Allah SWT