Secara jujurnya walaupun aku nie bukan anak Selangor tapi IBU AYAH orang jati Selangor, apa yang berlaku di selangor di bawah pimpinan PR amat menyedihkan..Inilah namanya politik. Aku nie bukanlah sapa tetapi sebagai pemerhati aku milihat ia sesuatu yang tidak patot berlaku. Jika ada masalah kenapa tidak diselesaikan hanya dikalangan ahli. Kenapa mesti dan perlu ade publish dengan press, dengan media, dicanang cerita sana sini. Entahlaaaa otak letak kat mana pun xtau depa nie!!!
Kini
sudah tiba masanya krisis ini ditamatkan setelah satu pihak berjaya mendapat
majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Pihak YB Datuk Seri Dr.
Wan Azizah Wan Ismail telah berjaya menunjukkan sokongan majoriti
anggota dewan secara bertulis dan fizikal.
Begitu juga untuk nama YB Azmin Ali yang kini telah menjadi nama pilihan ke-2 bersama YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah. Siapa pun yang dipilih maka terimalah dengan redho akan ketentuan Allah SWT.
Jika pihak YAB Tan Sri
Khalid Ibrahim ingin menafikan satu sahaja jalan segera buka dewan untuk
menunjukkan dia masih punya sokongan majoriti. Walau sebesar mana kesalahan beliau JANGAN di lupe pada jasa-2 beliau menaikkan nama Selangor sebagai negeri berkebajikan. Beliau seorang yang bijak dan cemerlang dari sudut kepimpinannya...
INGAT....Pas ada penyokongnya sendiri. PKR ada penyokongnya sendiridan DAP
pun ada penyokongnya sendiri. Tapi jangan dilupa pengyokong Pakatan
Rakyat yg bukan anggota parti jauh lebih besar dari jumlah ahli PKR, Pas
dan DAP. Mereka undi Pas sebab PR, undi DAP sebab PR dan undi PKR
sebab PR. Bak kata Haji Hadi, mereka berjuang tak dapat apa-apa tapi
pimpinan PR yg menang dapat layanan 1st class.
Harap PR bersatu. tidak berpecah belah. satu setiakawan menuju ke ala makmur kan negeri selangor.