Tuesday, April 8, 2014

UJIAN dan KETENTUAN ALLAH S.W.T

Bismillahirohmanirrahim....

Bumi mana yang tidak ditimpa ujian, lautan mana yang tidak bergelora...Begitulah dengan kehidupan manusia yang tidak pernah terlepas daripada sebarang dugaan & ujian daripada Allah .S.W.T. Sebagai seorang hamba Allah Azzawajalla akan senantiasa menguji hambanya dengan ketaatan, kesakitan, perkahwinan, kekayaan & bermacam bentuk dugaan. Nak tak nak kite mesti nak kene terima sebab itulah janji Allah yang Maha benar  dengan janjinya. Allah .S.W.T. tidak akan menginaya hambanya dengan perkara-2 yang sia-2 kecuali sesuai dengan kesanggupan diri seorang hamba untuk menerimanya...

Masuk hari nie 8 april 2014...dah masuk 2minggu aku sakit. Selama nie aku bz sangat sampai kesihatan pun aku tak pernah nak ambil kisah. Bila dah kene macam nie ade yang kata KAFARAH la...UJIAN la...BALA pun ader...(adoiii). Walau apa2 pun kata-2 mereka, aku yang kene terpaksalah menerimanya dengan hati yang terbuka & redho....huhuhu. Terima kasih sangat-2 kat semua kawan2 yang hadir & melawat...Semoga Allah .S.W.T. sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua.

Yakinlah semua...Ingat 5 perkara sebelom datang 5 perkara...antaranya sihat sebelom sakit ermmm kan...Sesuatu yang berlaku @ yang sedang berlaku@ dan yang akan berlaku kesemuanya adalah tertakluk dengan kehendak Allah S.W.T semuanya berjalan sesuai dengan ilmu dan iradat Allah Azzawajalla