Thursday, August 16, 2012

FAKTA 100% BENAR...Sokong Tuan Asmawi

Penganjuran Imam Muda bagi musim ketiga ini kelihatan hambar. Selain itu, jelas apa yang kita lihat tiada sebarang bentuk kerjasama yang dilakukan di antara JAWI dan pihak Astro Oasis. Tuan Asmawi tampil memberikan penjelasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fakta Sebenar – Disebalik Tercetusnya Program Imam Muda Dan Ustazah Pilihan Mungkin ada di antara kita tertanya-tanya, mengapa Imam Muda musim ketiga kali ini agak sedikit hambar. Seperti kurangnya promosi oleh pihak media. Selain itu mungkin kita tertanya-tanya mengapa pihak Astro Oasis tidak lagi membuat kerjasama dengan pihak JAWI. Ustaz Tuan Asmawi telah tampil memberi penjelasan di blognya. Jom kita ikuti apakah sebenarnya yang berlaku disebalik tercetusnya program Imam Muda dan Ustazah Pilihan ini.
 

Pertama sekali kita semua hendaklah merafa’kan syukur ke hadhrat Allah SWT atas limpah dan izin-Nya program siri pencarian Imam Muda telah diterima ramai oleh pelbagai lapisan masyarakat bahkan ia telah menjadi satu gelombang baru dalam dunia hiburan yang berpaksikan keagamaan di Malaysia. Malahan , program Imam Muda juga yang telah memulakan langkahnya pada tahun 2010 telah berjaya menggamit kedatangan para media asing untuk melihat dari dekat keistimewaan program Imam Muda yang diterbitkan di Malaysia.

 

2.      
Menerusi tulisan ini , adalah diharapkan agar beberapa fakta penting mengenai program Imam Muda dan termasuklah Ustazah Pilihan yang selama ini cuba di’sorok’kan daripada pengetahuan umum akan dapat diketahui. Untuk makluman saudara / saudari sekalian, tujuan pendedahan ini bukan bersifat kehausan populariti yang mendesak , Cuma niat saya hanya satu sahaja iaitu untuk mengajar manusia atau individu-indvidu terlibat supaya bercakap dan berkata benar untuk beberapa fakta tentang Imam Muda dan Ustazah Pilihan.

3.      Saya juga amat akur bahawa dengan kegemilangan yang dicipta oleh program Imam Muda yang telah melahirkan ikon-ikon muda yang berkaliber dalam menggerakkan usaha dakwah dan menarik minat semua lapisan masyarakat untuk mendekati agama maka sedari awal sudah ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba menangguk di air yang keruh dengan mencanang kepada masyarakat bahawa Imam Muda dan Ustazah Pilihan adalah lahir daripada pemikirannya. Banyak fakta-fakta yang bercanggah dan pelbagai versi diperolehi tentang siapakah yang merupakan pengasas dan pencipta sebenar program Imam Muda dan Ustazah Pilihan ini.

4.      Sumber daripada yang boleh dipercayai iaitu para Imam Muda sendiri yang telah dipasak dengan informasi silap ini bahawa seorang ‘itu’ yang menyatakan bahawa Imam Muda ini adalah hasil ideanya yang diperolehi sewaktu pulang daripada masjid bersama anaknya , lalu anaknya bertanya , kenapakah tidak ada imam-imam muda.? Kononnya begitu idea itu lahir. MasyaAllah, saya fikir ‘elok’ kenyataan itu diberanikan untuk dikeluarkannya di hadapan saya. Kenapa kena tunggu ketiadaan saya barulah ingin dimaklumkhabarkan kepada para Imam Muda bahawa ‘dia’lah sebenarnya pengasas Imam Muda.

5.      Terdapat sumber lain pula yang menyatakan bahawa program Imam Muda ini adalah lahir dari hasil dan penat lelah pemikiran ‘pengacara pertamanya’ , ini kerana sang pengacara ini sentiasa membuat perkhabaran ke serata tempat dimana beliau berceramah adalah sedemikian maksudnya bahawa beliau adalah yang bersusah payah bagi menjadikan program ini satu kenyataan.

6.      Kemelut ini sedemikian membawa saya untuk mendedahkan perkara sebenarnya ialah apabila terlalu ramai yang ingin menjadi ‘wali sebenar’ maka saya ingat perlu dan wajar saya perjelaskan kekeliruan ini. Sebenarnya untuk makluman semua , Imam Muda adalah lahir dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang merupakan hasil idea asal saya dengan mempunyai sebab-sebab yang tersendiri dan bukan disebabkan oleh pertanyaan si anak yang baru pulang dari masjid bersama ayahnya. Kertas cadangan tersebut saya telah siapkan pada 2 ogos 2008 iaitu sehari selepas ulangtahun kelahiran saya pada 1 Ogos 2008..waktu itu juga saya merupakan hari ke-2 saya melapor diri ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tambahan pula pada masa itu saya tidak mempunyai ruang pejabat lagi. Oleh yang demikian , selama seminggu juga saya berada di Surau Al-Muhajirin,JAWI disebabkan tiada meja lagi..maka disitu saya telah (pd 2 Ogos 2008) menghasilkan kertas cadangan Akademi Imam Muda (AIM) bukan pun lagi namanya Imam Muda.

7.      Saya sebagai seorang yang mempunyai dua lapangan pengalaman iaitu agama dan produksi atau lebih tepat lagi penyiaran , maka saya amat yakin cadangan saya tersebut mampu untuk memecahkan tradisi dalam mempersembahkan sebuah program hiburan yang bercorak keagamaan sekaligus dapat menarik golongan yang pelbagai terutamanya orang-orang dewasa untuk mendekati agama.

8.      Sebaik sahaja saya telah mula menjalankan tugas di JAWI dan sebagai pegawai perhubungan awam jabatan saya telah diminta untuk sentiasa menghadiri mesyuarat-mesyuarat pengurusan bersama Pengarah JAWI. Maka , dalam mesyuarat tersebut iaitu pada tahun 2008, saya telah menyatakan bahawa saya cuba untuk membuat satu kerjasama pintar dengan sebuah syarikat televisyen satelit iaitu Astro bagi menerbitkan idea saya iaitu nama asalnya Akademi Imam Muda (AIM). Mungkin ramai yang tidak mengetahui kenapa AIM itu boleh terhasil? Ia adalah juga singkatan bagi nama Anugerah Industri Muzik (AIM) , maka saya berfikir kenapa tidak saya tukarkannya menjadi Akademi Imam Muda. Cadangan dan idea saya tersebut telah dipersetujui oleh Y.Bhg Datuk Haji Che Mat bin Che Ali , Pengarah JAWI.

9.      Rentetan daripada itu , saya telah menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Haji Izelan Basar , Pengurus Saluran Astro Oasis menyatakan hasrat saya untuk mencadangkan program Akademi Imam Muda. Alhamdulillah , pada dasarnya beliau bersetuju kepada cadangan tersebut. Sebaik saja cadangan tersebut disampaikan melalui SMS , tempoh mendapatkan kepastian terakhir daripada pihak beliau tertangguh sekitar sebulan lebih kerana saya dimaklumkan bahawa beliau mempunyai urusan di Indonesia. Sejurus selepas itu , urusan dan beberapa kali perbincangan antara saya dengan beliau dan termasuk kumpulan produksi Astro Production Sendirian Berhad. Setelah kertas cadangan Akademi Imam Muda yang saya tulis tersebut dibentangkan kepada rakan-rakan APSB maka sudah ada petanda daripada pihak pengurusan tertinggi Astro untuk menjadikan program ini dengan lebih serius dengan kerjasama JAWI. Sehinggalah kepada terbitnya sebuah program Imam Muda pilot bagi tujuan mengenalpasti tahap penerimaan masyarakat penonton terhadap program ini.

10.    Justifikasi kenapakah saya mencipta program Imam Muda antaranya ialah mengambil kira bahawa imam-imam yang telah berumur di sesetengah kawasan yang secara kebetulannya saya mengalaminya sendiri melakukan banyak kesilapan seperti bacaan,teknik khutbah yang kurang efektif,cara berkomunikasi dengan anak-anak qaryah yang agak tidak menepati,selain daripada keperluan-keperluan fardhu kifayah yang dilakukan dengan tiada kesempurnaan. Tambahan pula , apabila saya menyertai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang terletak di bawahnya ialah Bahagian Pengurusan Kariah yang mempunyai peranan yang besar dalam memberi nafas baru kepada institusi masjid yang ditadbir oleh para imam yang lebih dinamik dan dihormati.

11.    Tujuan saya mencadangkan program ini agar Astro berkerjasama dengan pihak JAWI adalah amat bertepatan kerana JAWI merupakan sebuah agensi yang menguruskan hal ehwal Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan terutamanya Kuala Lumpur dan JAWI juga memiliki pelbagai prasarana dalam menyokong penerbitan program siri pencarian Imam Muda tersebut seperti kemudahan masjid , urusan pernikahan cerai dan rujuk , kebajikan Islam yang menguruskan jenazah-jenazah yang tidak berwaris di Hospital-hospital dalam Wilayah Persekutuan termasuk HUKM , Bahagian Penguatkuasaan dan banyak lagi. Dengan kata lain juga , antara tujuan lain saya mencetuskan Imam Muda ini ialah untuk membuat promosi dan pemakluman kepada masyarakat umum tentang apakah rutin aktiviti yang dilakukan oleh JAWI dalam menguruskan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan.

12.    Selain daripada itu , pihak JAWI boleh memberikan tunjuk ajar dengan lebih jelas kepada para peserta Imam Muda umpamanya pegawai-pegawai daripada Bahagian Penyelidikan yang bertanggungjawab dalam bidang pengurusan halal akan memberi tunjuk ajar tentang teknik dan cara-cara penyembelihan , begitu juga dengan Bahagian Pengurusan Dakwah yang merupakan bahagian yang bertanggungjawab untuk menguruskan jenazah-jenazah terutamanya yang tidak dituntut dan tidak berwaris dari Bilik Forensik , Hospital Kuala Lumpur untuk menunjukkan kepada para peserta bagaimana mengendalikan jenazah tersebut.Itu antaranya sahaja.

13.    Pembelajaran para peserta Imam Muda bukan sekadar retorik dalam perancangan saya kerana saya telah menyediakan silibus-silibus khusus sepanjang tiga bulan mereka berada dalam akademi tersebut selain daripada memenuhi keperluan daripada pihak penaja. Silibus yang saya garapkan kepada bakal-bakal peserta Imam Muda adalah bersifat hands-on dan juga on-demand iaitu sememangnya saya mendedahkan kepada topik-topik yang biasanya menjadi perbincangan dan berkisar dalam masyarakat umum terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan rukun Islam 5 perkara antaranya. Manakala , silibus-silibus saya garapkan tersebut telah disesuaikan dengan kepakaran pegawai-pegawai JAWI yang bakal menjadi tenaga pengajar dalam akademi tersebut. Oleh kerana perjalanan Imam Muda ini prosesnya terlalu panjang maka tidak terniat di hati saya untuk menafikan peranan rakan-rakan sekerja dalam tim penerbitan Imam Muda. Cuma yang mendorong saya membuat penjelasan lanjut begini ialah kerana sedikit ‘penipuan’ dan ‘penyorokkan’ fakta sebenar tentang dari mana dan siapakah yang mula mengasas program Imam Muda ini.

14.    Alhamdulillah,kerjasama antara dua pihak berjalan dengan lancar setelah Imam Muda telah dilancarkan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj Baharom (B) , Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk musim pertamanya. Apa yang menyedihkan saya ialah pada end credit pada setiap kali program yang pada asalnya diletakkan saya sebagai Konsep & Idea Asal – Tuan Asmawi bin Tuan Umar , namun setelah program Imam Muda mula memasuki episod ke-empat maka nama saya sebagai Konsep & Idea Asal telah ditiadakan dan digantikan dengan Konsep & Idea Asal oleh Unit Pembangunan Kandungan Astro. Memang saya juga tidak menafikan bahawa kertas cadangan saya itu telah berlakunya beberapa perubahan dari sudut cadangan kandungannya , walau pun begitu , ia masih tidak wajar untuk Astro mengakui bahawa Imam Muda itu adalah idea dan konsep mereka secara total.

15.    Kisah yang sama juga berlaku kepada penerbitan program Ustazah Pilihan yang juga kertas konsep dan cadangan asaslnya ditulis oleh saya pada tempoh Imam Muda musim ke-2 sedang berjalan. Untuk maksud penerbitan Ustazah Pilihan ini , saya hanya sempat empat kali diundang ke mesyuarat penerbitan. Namun setelah saya menyerahkan kertas cadangan tersebut hanya menerusi emel kepada mereka yang berkenaan , dan kali keempat mesyuarat saya hadiri di Astro , maka itulah kali terakhir. Saya telah menunggu juga keputusan terkini daripada pihak Astro samada mereka benar-benar ingin meneruskan program tersebut , rupa-rupanya benar program itu diteruskan tetapi tidak lagi berkerjasama dengan pihak JAWI. Saya dalam hal ini amat sedih kerana selama ini saya memperjuangkan untuk program sebegini dapat memberikan kepentingan kepada kedua-dua pihak namun ternyata sangkaan saya begitu meleset.

16.    Ternyata kedegilan pihak terbabit mengadakan kerjasama dengan pihak JAWI telah mengakibatkan banyak kecelaruan yang berlaku sepanjang tempoh Ustazah Pilihan berlangsung seperti ketiadaan silibus khusus , lokasi untuk assignment bagi para peserta Ustazah Pilihan seperti kemudahan yang diperolehi oleh peserta Imam Muda malah rata-rata yang memberi komentar ianya tidak lebih seperti ala-ala Akademi Fantasia. Lebih malang lagi , jika sekiranya program tersebut mempunyai silibus khusus , maka seperti kebiasaan pihak JAWI tidak teragak-agak untuk membuat rekomendasi untuk mendapatkan tauliah mengajar di Wilayah Persekutuan,jadi dengan kesombongan itu telah mengakibatkan para peserta Ustazah Pilihan dan Imam Muda musim ketiga tidak memperolehi tauliah mengajar dalam Wilayah Persekutuan yang merupakan keperluan seperti yang diperuntukkan dalam Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Seksyen 11. Mengajar agama tanpa tauliah.

(1) Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 96 Akta Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

18.    Sebenarnya jika ingin saya perkata tentang ini terlalu panjang dan saya perlu maklum kepada umum apa yang perlu sahaja. Untuk makluman juga terutama kepada para Imam Muda dan Ustazah Pilihan bahawa dengan mesej ini terpulang kepada saudara saudari untuk menilai sejauh mana kesahihannya kerana setahu saya anda semua telah dipasak dengan info yang berbeza. Barangkali jika anda semua menjadi kenyataan saya ini sebagai yang benar , anda semua mungkin berdepan dengan diGAM oleh pihak-pihak yang terbabit. Kepada semua, dalam apa keadaan sekali pun , tiada hinanya jika kita berkata BENAR.


TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR
Pengasas IMAMMUDA & USTAZAHPILIHAN

Penjelasan yang diberikan oleh Tuan Asmawi bukanlah bersifat mahu mencari publisiti, tetapi mahu mendedahkan perkara yang sebenar tentang apa yang berlaku. Walaupun dipihak kita tidak mengetahui perkara yang sebenar, namun mungkin Tuan Asmawi ada jawapannya yang tersendiri.

Wednesday, March 28, 2012

Apa ada pada 'NURI ALI ARBAIN'

NURI ALI ARBAIN
NNaif
UUntung
RRamah
IIkhlas
AAmanah
LLemah-lembut
IIdealistik
AAlim
RRealistik
BBijaksana
AAbadi
IIntuitif
NNaif
Apa ada pada nama?


Monday, March 19, 2012

Lelaki vs Wanita

Kenapa lelaki vs perempuan? Nak lawan buat apa kan? Semua ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Pernah tak dengar nie



Bukan macam tu sebenarnya. Banyak pendapat orang yang kurang matang berkata.

PENDAPAT 1
Perempuan boleh buat semua kerja lelaki tapi lelaki tak boleh buat kerja perempuan contohnya mengandung. Lelaki tak boleh. Perempuan boleh buat dua kerja dalam satu masa contohnya bekerja dan masih ada masa nak jaga anak suami.

PENDAPAT 2
Perempuan ni leceh la semua nak perfect je. Macam lah kaum lelaki ni tak boleh buat kerja. Tengok...!! Chef kat dunia ramai lelaki. Perempuan?? Gynecologist kat dunia ni ramai lelaki. Perempuan?? Mana?? Pupus??


Ini bukan soal kau kurang atau aku pandai or else. Ini adalah berkenaan dengan perempuan dan lelaki saling melengkapi. Hendaklah saling melengkapi. Setiap manusia kan ada kekurangan. So, bila dia kurang kita lengkapkan lah. Janganlah saling nak menyalahi. Macam situation ni.

Thursday, February 2, 2012

KEJADIAN KEJAM DI STESEN



Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
  • wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam...
  • Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma...
  • Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

Thursday, January 26, 2012

PERLU keee..


JANGAN KAMU MEMBANTAH GOLONGAN INI

1- Orang-orang Jahil tentang agama.

2-
Orang-orang bodoh atau orang yang mempersendakan agama.
3-
Orang yang pemarah kerana orang marah adalah sebahagian daripada gila.
4-
Orang yang payah menerima pendapat orang lain.
5-
Orang mengikut sesuatu pendapat secara buta tuli.
6-
Orang yang mencampuradukkan semua kebaikkan dunia sebagai agama sehingga manusia keliru dengan kebaikkan agama.
7-
Orang yang suka berbantah dan berdolak dalih


BULAN FEBRUARI

Macam biasalah ... bila masuk ajer bulan 2 ... orang akan cakap ini adalah bulan BERKASIH SAYANGLA, BULAN CINTALA ...N MACAM-2 ... bulan di mana nak di tunjukkan kasihsayang kita pada si dia yang tersayang .... itu orang cakaplah tapi aku xpenah pikir ap2 pun..yang penting kije n kije...

nak cuti PANJANG? ... tak cukup dengan cuti yang dah dapat? ... sekali lagi orang2 di bawah Wilayah Persekutuan mendapat keuntungan pada bulan Feb ini ...

1hb Feb - adalah hari cuti untuk Hari Wilayah yang jatuh pada hari Rabu ... 2hb dan 3hb boleh apply cuti ... sebab 4hb Feb (Sabtu) ... 5hb Feb (Ahad) dan juga hari bagi umat Islam menyambut Maulud Nabi ... maka secara automatik hari Isnin iaitu 6hb Feb ... sesetengah syarikat gazetkan sebagai cuti ganti .... dan 7hb Feb (selasa) ... cuti Thaipusam ....

maka bagi negeri yang meng-gazet-kan cuti Thaipusam ... amat beruntung kalau dapat ambil cuti pada 2hb dan 3hb tue .... secara tidak langsung dapat bercuti selama 7 HARI .... perghh!!!! best gila tido .. bangun .. tgk tv ... main internet ... tido ... makan .. tgk tv .... (wish kalau dapat tido kat hotel sepanjang 7 hari ... mesti best kan) ....

so apa pun perancangan yang pembaca nak buat pada bulan Feb .. (terutama mereka yang di bawah Wilayah Persekutuan) ... rancanglah sebaek mungkin agar semuanya berjalan lancar !!! ... baek dari segi kewangan ... dari segi kesehatan ... dan yang penting dari segi dot dot dot ... amatlah penting!!!