Monday, October 3, 2011

IKAN KELI HALAL DAN HARAM



Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

Tuesday, September 27, 2011

ISU HANTU BONCENG

Aku x pernah tengok cita ini .. dan cita nie adalah cerita baru kan.. sgt2 memalukan dan amat2 menyedihkan...Bukanlah aku nak sengaja nak komen nak tunjuk pandai tapi kite yang ada akal n fikiran rasa-2 boleh berfikir sebelum n selepas sesuatu filem@ drama tue di buat..




Masa ni babak Zizan tersedar dari dikejutkan kunyit dan menjerit2 mengucap 2 kalimah syahadah pada ayat akhirnya Zizan tidak meneruskan dengan sempurna dengan berkata "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" maksudnya "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan". Adakah ini kesilapan tidak disengajakan zizan atau......?

Bukankah Ahmad Idham sepatutnya sedar akan dialog yang Zizan sebutkan dan harus diperbetulkan dan take shot sekali lagi atau kedua2nya tidak sedar kesilapan BESAR itu..slam sekarang semakin di pijak2 dan dihina rendah oleh manusia yang anti kepada ISLAM termasuklah manusia2 murtad. Jadi janganlah kita sebagai umat ISLAM di Malaysia juga mahu menghina Rasulullah SAW yang terpuji lagi dikasihi oleh Allah swt. Jangan kite ambil ringan dengan hal yang mcm nie..

Akibat skrip yang diberikan ... akhirnya Zizan mengaku akan kesalahannya ... dalam babak tersebut menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan), sekaligus mengundang kontroversi ... apa-apa pun alhamdullilahh ... beliau sedar akan kesalahannya ... dan ada mengatakan akidah beliau masih lagi sama ...


Tapi yang bestnya bila si Ahmad Idham nie melenting sebab si Zizan nie minta maaf ... dan AKU rasa nak gelak bila si Ahmad Idham ini mengatakan .. ada EMPAT ULAMA telah menonton terlebih dahulu filem tersebut sebelum di tayangkan ... tapi enggan nak bagitahu siapa ke-4 ulama tersebut
...
kalau betul lah ULAMA tue dah tengok filem ini sebelum di tayangkan kepada UMUM ... kenapa tak LARANG atau minta Ahmad Idham memotong beberapa babak yang tak patut di pertonjolkan ...


1. WATAK PEREMPUAN tak pakai TUDUNG .. tak kira lah ko berlakon ke .. tak berlakon ke ... seorang Ulama harus menegur apa yang haram dan tak kena di sisi islam ..

2. WATAK TIDO TERKANGKANG ... nie satu lagi .. melihatkan aurat di kaki tue ...ishhh!!! tue namanya berzina dengan mata ... emmm dosaaa tue!!!

3. WATAK COUPLE ... tengok watak couple dalam filem nie langsung tidak mencerminkan ISLAM seperti yang dah diulas sebelum ini ... jadi as Ulama .. awat korang diamkan? ... as Ulama kenalah tengakkan kebenaran ...

Dan untuk Ahmad Idham ... janganlah sampai tak boleh kena tegur ... nak melenting tak tentu pasal ... ingatlah!! REZEKI yang diberikan kekadang nak menguji sejauh mana kita lagi dekat denganNYA ...sebab bayangkan kalau ada anak kecil cakap benda yang sama dengan apa yang si zizan cakap ...!!!

ALLAHURABBI





Thursday, September 8, 2011

Salam Aidilfitri Buat Semua

Balik kg nie kite nak rehat je .... nak sambut raya puas-2... jadi utk semua FANS n Penyokong (ada ker hehe)... kite nak ucapkan SALAM SYAWAL eidilfitri bersama keluarga tersayang n orang tersayang...bagi yg kenal...kite nak minta maaf ya kaLu ada tersalah kata dan tersilap sepanjang kenal antara satu sama lain dan bagi yg tidak mengenali pun kite pun nak minta maaf juga .. yerlah mana tahu kalau ada yang tersentuh dan marah pada kite tanpa di sedari.

Thursday, August 4, 2011

PUASA RAMADHAN 2011

الحمدلله
Tahun nie sekali lagi aku dipertemukan oleh Allah SWT dengan ramadhan 1432H...
Anak melayu mengail ikan, perahu berlabuh ditengah lautan, sambil menunggu datangnya ramadhan jari ku susun mohon ampunan, sela
mat menyambut ramadhan

PUASA = WAJIB ... tak payah nak sibuk-2 check dalam kitab atau sibuk nak gie tanya tok imam or tok mudim pasal untuk mendapatkan kepastian samada puasa itu memang kena buat atau boleh pilih samada nak buat atau tidak ...


jadi!! berapa ramai Geng2 bujang yang BENAR-2 PUASA? ... bukan setakat korang tak makan breakfast .. lunch and pekena kopi waktu petang .... tapi memang benar-2 menghayati makna puasa itu sendiri ....

cuba kita tanya diri kita .... kenapa kita puasa?

1. adakah kita puasa sebab dari kecil setiap bulan Ramadhan memang dah di ajar puasa

2. adakah kita puasa sebab kita orang melayu kena puasa (macam satu adat lah plak)

3. adakah kita puasa sebab orang lain puasa juga

4. adakah kita puasa sebab kita nak rasa meriahnya puasa dan berbuka puasa dengan lauk pauk yang kita beli kat Bazaar Ramadhan ...

kalau kita jawab "YA" untuk semua kat atas tue ... maka PUASA KITA ADALAH PUASA MELAYU ... bukan PUASA DALAM KATA YANG SEBENARNYA ....

sebab orang melayu kita .... biasa akan cakap .... "alah!! biasa kalau bulan puasa kan kita buat makan-2 besar dengan adik beradik kita semua ... dah jadi macam tradisilah" .... sampaikan kita rasa PUASA itue sendiri adalah untuk orang MELAYU

kWn2..Jika kesilapanku trdahulu belum termaaf, "MAAFKANLAH" jika kesilapanku hari ini menyakitkn, harap "LUPAKANLAH" jika kesilapanku esok mendatang harap jangnlah dibwa ke "AKHIRAT". saLam ramadhan utk semua..semoga kite mdpt keampunan n keberkatan dari yg Maha Esa..amiin

Tuesday, June 21, 2011



Aku tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang teman pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku. Seorang yang boleh mengingatkan aku kiranya aku terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat aku percayai untuk mendidik anak-anakku kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi aku telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidupku dan dialah orangnya.

Tuesday, June 14, 2011

SUnYiiii

"aku ramai kawan ...kawan serumah... kawan office, kawan dari FB, kawan gie travel .. tapi kenapa aku rasa sunyi lagi?"

"betul tue ... dulu aku ramai kawan ... tapi sekarang aku dah buang semua kawan-2 yang suka memikirkan diri sendiri ... rasanya aku lebih suka sendirian ... walau rasa sunyi ... aku gembira.",

"ada ramai kawan ke ... tak ada kawan ke ... tue semua tak penting ... yang penting kenapa kita rasa sunyi sedangkan kita punya seseorang dalam hati!", monoLog untuk aku cuba cari jalan keluar ....
tue sebab banyak status dalam laman FB ker akan letak "alone" or "jiwa kosong" ... dalam memberitahu bahawa perasaan mereka yang memang sedang kosong .. tapi percaya atau tidak ... walau datang berduyun-2 nak mengisi ruang hati yang sunyi itu ... pasti dia tetap merasakan tidak mencukupi ..

tanpa memikirkan ... bahawa satu hari nanti ... kita akan bersendirian di ruang legar masjid ... menanti kehadiran orang ramai untuk menyempurnakan jenazah kita ... tanpa memikirkan ... bahawa akan tiba masanya ... kita akan tido sorang-2 ... tanpa tilam yang mahal ... tanpa selimut yang tebal ... tanpa baju tidur yang selalu kita pakai ...

jadi secara peribadi ..... soal sunyi atau tidak ... tak sepatutnya muncul!!! kenapa perlukan kawan-2 untuk tidak merasa sunyi? ... tak boleh kah kita spend masa kita dengan family? ...

emm mungkin family jauh kot ... jadi tak boleh spend time dengan diri sendiri ke? emm mungkin terasa bodoh gie jejalan sorang-2 ...

semuanya ini terjadi sebab kita TERLALU memikiran kesunyian kita ... kita TERLALU memikirkan bahawa seronok bila dapat spend time dengan kekawan ajer... atau last sekali baru kita pikir ... seronok kalau dapat spend time dengan family ...sunyi itu bila kita tak tahu apa yang kita inginkan dalam hidup kita ....

janganlah kita sunyi kalau si dia tak call kita dah seminggu ... dan kita rasa sunyi bila semua kawan-2 yang kita talipon ... mem-bz-kan diri tetiba ....

"ada ramai kawan ke ... tak ada kawan ke ... tue semua tak penting ... yang penting kenapa kita rasa sunyi sedangkan kita punya seseorang dalam hati!", hidup kita ... kita yang kena corakkan .... perjalanan hidup kita ... kita yang kena ceritakan ... jadi buang segala sunyi!!! sebab kita tahu ... sunyi itu tidak patut ada dalam diri kita ...

Monday, June 13, 2011

Entah Lorr


Tanpa berpikir dengan lebih dalam ... dengan lebih matang ..... kita sering gelojoh untuk memastikan sesuatu yang kita inginkan TIDAK TERLEPAS ....

itu kalau bab makan ...bab shopping ... macammana plak kalau BAB CINTA? ... emmm ada juga orang yang gelojoh bila cakap bab cinta nie .... nak kata tak pernah bercinta ...

mungkin juga kot!! ... nak kata tak serik dalam bercinta ... mungkin juga kot!! ... nak kata takut tak dapat cinta ... mungkin jga kot!!

jadi semuanya ada kemungkinan .... sebab dalam kita menjalani kehidupan memang semuanya ada kemungkinan

yang peliknya ... kenapa kita gelojoh sangat dalam mendapatkan cinta ... yang kita sendiri tak tahu akan effectnya pada diri kita ... seandainya cinta itu berjaya ... maka kita akan jadi macam cerita dongeng omputeh ... happy ending ...

dan seandainya cinta itu tak berjaya ... maka kita akan jadi macam cerita tamil ... dok kecohh ajer .... lepas kecoh .. nyanyi nyanyi .... heheeh .... "hero never die" ...

jadi kita tanya diri kita sebelum kita buat apa apa keputusan ... adakah orang yang kita nak nie ... orang yang kita nak sayang nie ada ciri ciri yang kita inginkan? ... atau dalam bahasa indahnya ... adakah ciri-2 negatif dia tue mampu menyerikan hubungan kita atau sebaliknya