S
ememangnya sebagaimana yang kita ketahui Perkahwinan itu adalah Sunnah, Dengan adanya ikatan perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan sebagainya. .

M
emang terdapat banyak hikmah dalam perkahwinan antaranya adalah mampu menjaga kehormatan diri, untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia dan supaya manusia itu dapat hidup berbahagia dengan saling berkasih sayang dan cinta-mencintai

Dan diantara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu
(wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya diantara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang
yang berfikir.” –
(Surah Ar-Rum:21)
B
ila disebutkan
tentang perkahwinan maka tak lengkap rasanya kalau tidak diikuti dengan
kendurinya, tapi tahukah kita mengadakan kenduri kahwin bagi meraikan pasangan
pengantin yang telah dinikahkan dengan mengadakan jamuan makan kepada orang
ramai, khususnya kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai apa
hukumnya? Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan anjuran dan
sunnah Rasulullah SAW. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut).
Hal
ini adalah sebagaimana hadis yang Telah Diriwayatkan oleh Anas r.a katanya
Rasulullah saw telah bersabda
“Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi SAW
menjadi seorang pengantin dengan Zainab ibn Juhsy, baginda mengundang orang
ramai, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.
Majlis
perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan.
Oleh itu perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, yang tidak
memberatkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-batas yang
diperlukan, serta tidak membawa kepada pembaziran kerana pembaziran itu bertentangan
dengan hukum syarak. Sebenarnya mengadakan majlis perkahwinan sehingga terpaksa
menanggung beban hutang tidaklah digalakkan oleh agama, cukupla dengan sekadar
yang termampu sahaja.
Antara hikmah Islam menggalakkan supaya diadakan kenduri kahwin adalah untuk :
Antara hikmah Islam menggalakkan supaya diadakan kenduri kahwin adalah untuk :
1) Melahirkan
rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
2) Melahirkan
rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
3) Mengisytiharkan
kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
4) Memberi
peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan
silaturrahim.
Maka
disini jelas kepada kita digalakkan agar mengadakan perkahwinan secara
sederhana yangmana ianya tidak membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir
itu adalah amalan syaitan. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakannya
mengadakan kenduri kahwin sampai terpaksa berhutang. Itulah amalan masyarakat
kita hari ini yang lebih mementingkan adat dari sunnah Nabi sendiri.
Sebaiknya
laksanakanlah walimah atau kenduri kahwin sekadar yang termampu sahaja. Apa
yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan
kesyukuran tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan
bermegah-megah. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan
keredhaan ALLAH SWT. Kenduri yang berkat itu amat penting , sama pentingnya
akad nikah mengesahkan ikatan suami isteri.
Apalah
gunanya jika wang dihabiskan untuk majlis besar-besaran tapi jauh daripada
keberkatan Allah sehingga pengantin terpaksa berhutang dan meminjam. Hal ini
memberi implikasi dalam melaksanakan tanggungjawab suami isteri dan membina
keluarga bahagia. Justeru, laksanakanlah walimah berlandaskan sunnah, semoga
perkahwinan diberkati ALLAH SWT. InsyaAllah.