Sunday, August 17, 2014

SELANGOR KINI

Majoriti Sudah Dicapai - Tamatkan Kemelut Selangor Segera



Secara jujurnya walaupun aku nie bukan anak Selangor tapi IBU AYAH orang jati Selangor, apa yang berlaku di selangor di bawah pimpinan PR amat menyedihkan..Inilah namanya politik. Aku nie bukanlah sapa tetapi sebagai pemerhati aku milihat ia sesuatu yang tidak patot berlaku. Jika ada masalah kenapa tidak diselesaikan hanya dikalangan ahli. Kenapa mesti dan perlu ade publish dengan press, dengan media, dicanang cerita sana sini. Entahlaaaa otak letak kat mana pun xtau depa nie!!!

Kini sudah tiba masanya krisis ini ditamatkan setelah satu pihak berjaya mendapat majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Pihak YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah berjaya menunjukkan sokongan majoriti anggota dewan secara bertulis dan fizikal.

Begitu juga untuk nama YB Azmin Ali yang kini telah menjadi nama pilihan ke-2 bersama YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah. Siapa pun yang dipilih maka terimalah dengan redho akan ketentuan Allah SWT.

Jika pihak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim ingin menafikan satu sahaja jalan segera buka dewan untuk menunjukkan dia masih punya sokongan majoriti. Walau sebesar mana kesalahan beliau JANGAN di lupe pada jasa-2 beliau menaikkan nama Selangor sebagai negeri berkebajikan. Beliau seorang yang bijak dan cemerlang dari sudut kepimpinannya...

INGAT....Pas ada penyokongnya sendiri. PKR ada penyokongnya sendiridan DAP pun ada penyokongnya sendiri. Tapi jangan dilupa pengyokong Pakatan Rakyat yg bukan anggota parti jauh lebih besar dari jumlah ahli PKR, Pas dan DAP. Mereka undi Pas sebab PR, undi DAP sebab PR dan undi PKR sebab PR. Bak kata Haji Hadi, mereka berjuang tak dapat apa-apa tapi pimpinan PR yg menang dapat layanan 1st class. 

Bukan senang utk pembangkang berada seperti yg kita lihat sekarang. PR naik dengan gelombang perjuangan airmata dan keringat rakyat hingga mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia (53%). Jangan runtuhkan kejayaan kerana bila runtuh tak semudah itu utk dibina balik..Jangan kecewakan mereka...Apapun tahniah..keptusan ini sgt menakutkan pihak lawan yang cuma ada 12 dari 56 kerusi, nak berkokok tak boleh.

Harap PR bersatu. tidak berpecah belah. satu setiakawan menuju ke ala makmur kan negeri selangor.

No comments: